Friday, April 3, 2009

DR POKOK. Hubungi Kami

Kami ada Cara Untuk Mengoktimakan Pengeluaran Fertigasi Anda.

Hubungi Kami :
Hj Zakaria Othman 0122734087

Kami Juga Meyediakan.
1.Khusus Fertigasi bagi memulakan tanaman
2.Pakar rujuk untuk fertigasi anda
3.Menjual peralatan fertigasi
4.Lawatan tapak Projek kami
5.Meyediakan Khidmat nasihat untuk usahawan baru
6.Meyediakan Kertas Kerja bagi projek Fertigasi anda
7. Anda boleh berkerja sambil belajar di tempat kami.

Projek Fertigasi memerlukan modal yang besar dan pendapatan yang lumayan . Anda harus mempunyai ilmu tentang fertigasi.

Tanaman fertigasi 4 dalam 1

Kaedah tanaman Fertigasi 4 in 1



Kaedah ini amat berkesan dari pengunaan tanah secara optiman. Kaedah ini kami perkenalkan untuk anda kerana kami merasakan tanaman ini memberikan keuntungan yang lumayan dan kawalanyang mudah dari apa sahaja mahupun dari membaja, serangan penyakit dan kawalan serangga. Kami mahu berkonsi dengan anda untuk tanaman ini. Kami ada caranya


Kaedah 4 dalam satu yang kami perkenalkan.


1.Tanaman Keledek merah kami tanam secara batas kerana air ,baja akan megalir kebawah hasil dari siraman pokok tergantung .


2. Tamanan Poko tergantung seperti kami tanam terung yang subur dan tanpa serangan kulat dan penyakit bawaan tanah. lihatlah kesebuaran pokok terung kami.


3.Tanama ke 3 adalah tanaman lobak putih di kiri dan kanan batas keledek di tanam secara fertigasi.


Ketahuilah kami mempunyai cara untuk anda laksanakan projek fitigasi anda. Kami mempunyai cara .

Monday, March 30, 2009

Kenapa anda perlu mengunakan sistem ini?

Pengeluaran sayuran samada sayuran berdaun dan sayuran berbuah masih belum cukup untuk menampung keperluan domestik.Pengunaan sistem fertigasi adalah alternatif utama bagi menampung keperluan ini.Kaedah Fertigasi adalah satu kaedah alternatif yang baik dan berdaya maju.Pengurusan tanaman adalah aspek paling penting dalam menjamin kejayaan pengeluaran tanaman makanan khususnya penanaman secara fertigasi. Bakal pengusaha atau usahawan mesti mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang cukup.Matlamat pengurusan tanaman ialah pengeluaran konsisten dengan kualiti hasil yang tinggi pada tahap optima serta menguntungkan.Fertigasi berasal daripada perkataan fertigation (fertilizer & irrigation). Ia merupakan adalah cabang dari komponen chemigation. Boleh ditakrifkan sebagai satu kaedah penanaman di mana baja(dalam bentuk larutan) diagihkan ke zon perakaran tanaman melalui sistem pengairan.Dua asa utama fertigasi iaitu baja (dalam bentuk larutan) dan sistem pengairan. Bekas tanaman dan jenis media adalah alternatif mengatasi masalah penanaman. Fertigasi dipraktikkan sebagai satu kaedah alternatif. Penerimaan dan penggunaan kaedah ini masih rendah dan menjadi suatu kaedah atau teknologi yang amat diperlukan pada masa akan datang.Kaedah Fertigasi mempunyai kelebihan tersendiri berbanding dengan kaedah konvensional:* Pemberian nutrien lengkap yang boleh dikawal mengikut kehendak tanaman berdasarkan jenis dan peringkat pertumbuhan sesuatu tanaman.* Media tumbesaran dan persekitaran menjamin kebersihan dan menghindarkan masalah penyakit.* Mengatasi masalah tanah seperti tidak subur, perumah penyakit dan perosak.* Meningkatkan hasil per unit kawasan dengan kepadatan tinggi.* Tiada masalah merumpai sekali gus mengurangkan kos buruh.* Kualiti hasil yang lebih baik.* Penggunaan baja yang cekap. Mencapai 85% berbanding kaedah tabur hanya 30%* Mengurangkan penggunaan racun keatas tanaman terutamanya jika jejaring kalis serangga diguna pakai.* Hasil lebih tinggi , boleh mencapai sehingga 700% atau tujuh kali ganda.* Pengurusan tanaman yang lebih sistematik.

Kebaikan & Kelemahan Sistem Fertigasi

Kebaikan Sisten Tanaman Fertigasi
1.Pembesaran pokok sekata disebabkan pemberian baja mengikut pertubuhan pokok dan hasilnya tinggi
2 Pemberian baja tidak membazir disebabkan baja hanya diberi dalam kawasan zon akar yang diperlukan
3.Pokok tahan dari serangga penyakit bakteria yang berpunya dari dalam tanah kerana tanaman ditanam dalam polybeg
4.Tanaman boleh diprogramkan mengikut musim dan tempat.
5.Kos pengendalian dan kaedah merumput dan meracun boleh dikurangkan dan dikawal
6.Tidak memerlukan tenaga berat dan tanaman bersih dan persekitarannya indah dan cantik
7.Hasil tinggi dan pendapatan lumayan kerana tanaman terpilih sahaja ditanam.
8.Boleh ditanam sepanjang tahun dan pulangan modal cepat.

Kelemahan Sistem Fertigasi
1.Kos Penyediaan dan Pembinaan yang tinggi
2.Pengusaha memerlukan kemahiran dalam bidang tanaman fertigasi
3.Pengurusan yang berterusan.
4.Kerosakan sistem membawa kerugian.

Teman Fertagasi Anda


Teknik Penanaman Terkini.
SISTEM TANAMAN FERTIGASI
Sistem fertigasi ialah satu kaedah pemberian larutan baja kapada zon akar yang diperlukan oleh pokok secara berkesan,tanpa pembaziran dan pencemaran alam sekitar.
Fertigasi berasal dari dua perkataan Inggeris iaitu fertilization dan irrigation.Sistem Fertigasi ialah satu daripada adalah cabang hidroponik yang antara lain terdiri dari Sistem Titis Mikro,hidropinik Aliran Dalam,hidroponik Aliran Cetek,hidroponik static,Aeroponik dan Pemercik Mikro.
Sistem Fertigasi sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah saperti tomato,timun jepun,cili merah,terung,melon,cili sayur, strawberi dan juga pokok hiasan.Umumnya tanaman ini untuk kebanyakan tanaman bernilai tinggi dipasaran. Tanaman Sistem Fertigasi bertujuan untuk mengelakkan tanaman daripada serangan penyakit akar yang disebabkan oleh serangga kulat saperti pythium,fusarium,rhizoton dan juga penyakit layu bacteria yang berpunca daripada tanah.
Kelebihan Sistem Fertigasi antaranya pokok diberi baja dengan sukatan dan masa yang ditetapkan tanpa pembaziran.Baja terus diberi kapada zon akar supaya mudah diserap oleh pokok. Dalam Sistem Fertigasi beberapa peralatan digunakan bagi tujuan mengawal serangga perosak dan merumput dengan membuat Rumah Lindungan Hujan dan juga jaring kalis serangga.Kaedah ini menyebabkan tenaga buruh dapat dijimatkan.Sistem ini juga tidak menggunakan tanah.
Beberapa media digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah saperti cocopeat,sekam padi,rootwool,perlite,zeolite dan juga vermiculate dalam kaedah tanaman fertigasi.Cocopeat dan sekam padi digunakan secara meluas kerana harga murah dan ringan mudah digunakan.Peralatan atau kompenan yang diperlukan dalam sistem fertigasi adalah saperti tangki,tong stok nutrient,pam,paip poly atau pvc.Dripper,mini tubing,tubing,timer dan perlatan kawalan air dan baja. Dalam sistem fertigasi air baja diberi mngikut masa iaitu antara 3 – 6 kali sehari selama 5 – 10 minit. Ini bergantung kapada cuaca dan juga kawasan tanaman.
Pembinaan sistem fertigasi sekitar RM 160,000 – RM 180,000 untuk kawasan seluas satu ekar dengan muatan beg 6-7 ribu.Jumlah tanaman bergantung kepada jenis tanaman.Hasil pengeluarannya boleh mencapai empat hingga enam kali ganda dari tanaman diatas kawasan terbuka.Pulangan modal dalam sistem tanaman ini mengambil masa 3 - 4 tahun